Wednesday, January 17, 2024

MyMabrur : Travel Takaful Untuk Haji dan Umrah

 


Definisi Haji
Haji adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Haji ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah haji adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.


Definisi Umrah
Umrah ialah mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah-ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya. Hukum menunaikan ibadah umrah adalah wajib sekali seumur hidup bagi yang berkemampuan.


Perbezaan antara umrah dan haji


Haji
Haji hanya boleh ditunaikan dalam bulan-bulan haji sahaja iaitu mulai dari 1 Syawal hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah.


Umrah
Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang berada dalam ihram haji. Ibadah umrah tidak perlu berwukuf di Arafah, Mabit di Muzdalifah dan Mina serta melontar di Jamrah.


Keperluan Perlindungan Diri Semasa Mengerjakan Haji dan Umrah

Ramai di antara kita memasang impian untuk menunaikan Haji dan Umrah di tanah suci. Kita bersedia dari segi rohani dan juga persiapan lain seperti tempat tinggal, penerbangan, kenduri dan juga perkara sampingan pakaian dan bekalan untuk ke sana.

Bagaimanapun, ramai dari para jemaah yang tidak bersedia dari segi perlindungan takaful untuk sebarang perkara yang tidak diingini.

Mungkin anda biasa membaca berita yang dialami oleh jemaah-jemaah seperti di bawah :


60% Jemaah haji ada sakit kronik

Di mana nak mencari RM150,000 untuk bayar bil hospital?



Pelan MyMabrur Takaful Malaysia Untuk Jemaah Haji dan Umrah

Alhamdulillah. Takaful Malaysia telah melancarkan satu pelan khas untuk para jemaah umrah dan haji.
Pelan ini di namakan MyMabrur di mana pelan ini memberikan perlindungan dalam beberapa perkara seperti :

  • Kematian Akibat Kemalangan Sehingga RM500,000
  • Hilang Upaya Kekal Akibat Kemalangan Sehingga RM500,000
  • Rawatan Hospital Sehingga RM500,000
  • Perlindungan Penerbangan
  • Perlindungan Hospital akibat Covid 19
Dan banyak lagi. Untuk detail boleh lihat jadual di bawah ini :



Anda ingin pergi melancong? Boleh baca tentang pelan Travel Insurance di sini :



Maklumat2 Lain yang boleh dibaca :


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Travel Insurance ini anda boleh mengisi form di link di bawah :

Travel Takaful Untuk Haji dan Umrah Quotation Form


No comments:

Post a Comment